Manage PermissionsManage Permissions

1 kes lagi kembali ke rahmatullah



‚ÄčOleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas








BERAKAS, Selasa, 19 Oktober. - Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa satu kes yang disahkan COVID-19 telah kembali ke rahmatullah, hari ini.



Kes tersebut ialah seorang perempuan berumur 69 tahun yang telah mengalami beberapa masalah kesihatan lain dan tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19.



Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar menyatakan perkara tersebut semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD), yang diadakan di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini.



Yang Berhormat bagi mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga kes berkenaan dan berdoa semoga roh kes dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. 


Close