Manage PermissionsManage Permissions

Hengyi sumbang peralatan bekalan makmal




Siaran Akhbar dan Foto : Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. 





MUARA, Selasa, 31 Ogos. - Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. (Hengyi) menghulurkan sumbangan, iaitu peralatan bekalan makmal kepada Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan sebagai tindak balas bagi memenuhi keperluan pihak kementerian.


Sebanyak 110 botol Etil Alkohol Mutlak 55 liter, 20 botol Kimia Steril 60 liter dan lapan Pemadam Api 25kg di dermakan, di mana sangat diperlukan di Makmal Virologi dan akan digunakan untuk membantu memproses ujian ‘swab’ COVID-19 di negara ini.


Hengyi juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Kesihatan dan petugas-petugas barisan hadapan atas usaha dan sumbangan mereka dalam menangani penularan COVID-19 di negara ini untuk menjaga keselamatan masyarakat daripada wabak tersebut.


Hengyi akan terus memberikan sokongan kepada Kementerian Kesihatan dan akan sentiasa bersiap sedia bagi membantu pada bila-bila masa untuk membendung penyebaran COVID-19 di negara ini.





Close