Manage PermissionsManage Permissions

Ibadah korban didik kesabaran, ketakwaan



​Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi





• KITA disarankan dan diseru untuk mencontohi kesabaran dan ketaatan Nabi Ibrahim Alaihissalam pada peristiwa ibadah korban di mana Allah Subhanahu Wata’ala memerintahkan baginda untuk menyembelih putera Baginda, Nabi Ismail Alaihissalam.


• DI sebalik peristiwa itu, ia mengandungi pengajaran bagi umat manusia untuk mencontohinya khususnya dalam mendidik diri sendiri dengan sifat sabar dan takwa.







TEMBURONG, Rabu, 21 Julai. - Umat Islam diseru agar mencontohi kesabaran dan ketaatan yang terkandung daripada peristiwa ibadah korban di mana Nabi Ibrahim Alaihissalam telah diperintahkan Allah untuk menyembelih putera Baginda Nabi Ismail Alaihissalam yang ditaati dengan kesabaran dan keredaan.



Di sebalik peristiwa bersejarah itu, ia penuh mengandungi pengajaran bagi umat manusia untuk mencontohinya dalam mendidik diri sendiri dengan sifat sabar dan takwa.



Peringatan tersebut merupakan sebahagian pengisian yang disampaikan pada Khutbah Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Shafrillah bin Haji Ahmad yang juga mengimamkan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha.



Menurutnya lagi, ibadah korban adalah merupakan ibadah sunat yang dituntut boleh dilakukan bermula setelah selesai Sembahyang Sunat Aidiladha sehingga terbenamnya matahari pada akhir Hari Tasyrik, 13 Zulhijah dan menerusi ibadah ini, tidak hanya akan memperoleh ganjaran pahala malah mampu membentuk sifat mahmudah.



Antara yang hadir menyertai jemaah-jemaah pada perhimpunan ini ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim.

Close