Manage PermissionsManage Permissions

Semarak Aidiladha Daerah Tutong



​Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman







TUTONG, Rabu, 21 Julai. - Laungan takbir, tasbih dan tahmid bergema lagi di bumi Negara Brunei Darussalam menandakan tanda syukur kita ke hadrat ke Allah Subhanahu Wata’ala atas kurniaan-Nya, kita dapat meraikan Hari Raya Aidiladha 1442 Hijrah pada tahun ini dalam suasana yang harmoni.



Sehubungan itu, Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha Berjemaah diadakan di seluruh masjid, surau dan balai ibadat di negara ini, hari ini.



Penduduk di Daerah Tutong juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha berjemaah dan mendengarkan khutbah khas di Masjid Kampung Kiudang, Daerah Tutong, di sini.



Pada kelazimannya terdahulu laungan takbir raya, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha Berjemaah dan diteruskan dengan khutbah khas.



Khutbah pertama menyentuh mengenai peristiwa korban, di mana Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan kepada Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk menyembelih putera baginda.



Di samping itu, kita hendaklah mempunyai sifat sabar. Allah sentiasa menguji keimanan, ketakwaan dan kesabaran hamba-Nya dengan pelbagai ujian. Dalam mengharungi cabaran kehidupan, Allah akan menulis ganjaran pahala bagi hamba-Nya yang berniat untuk melakukan amal soleh.



Manakala khutbah kedua pula menjelaskan mengenai ganjaran pahala yang akan dikurniakan kepada hamba-Nya oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada jika melakukan ibadah korban. Melakukan ibadah korban ini membentuk sifat Mahmudah kepada seseorang.

Close