Manage PermissionsManage Permissions

Terus galak pembacaan Al-Quran



​Siaran Akhbar dan Foto : Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd.





MUARA, Khamis, 6 Mei. - Seramai 30 orang yang terdiri daripada kakitangan Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. (Hengyi) menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Setia Ali, Muara, hari ini, di sini.


Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Tenaga, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw.


Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman yang juga selaku Pemangku Penghulu Mukim Serasa; Timbalan Setiausaha Tetap (Tenaga dan Kuasa Elektrik), Kementerian Tenaga, Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra; Pemangku Ketua Kampung Serasa, Kampung Kapok dan Kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Meragang; Pengarah Urusan Dana Modal Pembangunan Strategik (SDCF) dan Pengurus Kanan Bahagian Pelaburan SDCF.


Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah-surah Al-Quran yang dipimpin oleh Awang Hamirul Hashim bin Haji Hassan dan kemudian bacaan Takhtim diketuai oleh Awangku Khairul Alimin bin Pengiran Haji Osman.


Sementara itu, Awang Mohd Aminuddin bin Haji Yusof pula mengetuai bacaan Dikir Marhaban dan acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Awang Mohammad Fazli bin Haji Zulkifli.


Majlis itu diadakan antara lain bertujuan bagi menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan ini dan sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan pembacaan Al-Quran.



Close