Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : 1 masih dirawat



Siaran Akhbar dan Infografik : Kementerian Kesihatan

 



 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Februari. - Negara Brunei Darussalam (NBD) alhamdulillah mencatatkan sifar kes baharu COVID-19, setakat jam 12.00 tengah hari ini.

 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19, di negara ini, sebanyak 185 kes.

 

Dalam Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan memaklumkan, setakat ini, NBD mencatatkan 292 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020.

 

Menurut Kementerian Kesihatan, satu kes aktif dicatat masih mendapatkan rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan ketika ini.

 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes import setakat ini sebanyak 44 kes dan kes yang sembuh adalah seramai 181 orang.

 

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di NBD, di mana seramai 703 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara seramai 13,316 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

 

Seterusnya, dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 248 sampel ujian virus SARS-CoV-2 dilaksanakan dan ini membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 ialah sebanyak 98,872 ujian.

 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari Laman Sesawang Kementerian Kesihatan, iaitu 'www.moh.gov.bn' atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.



Close