Manage PermissionsManage Permissions

Erat silaturahim dengan badminton



Siaran Akhbar dan Foto : Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd.





BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 6 Februari. - Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. (Hengyi) menganjurkan Pertandingan Badminton Persahabatan baru-baru ini di Peak Performance sebagai salah satu daripada komitmen syarikat berkenaan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan positif melalui aktiviti kerja dalam perkumpulan.


Pertandingan tersebut bermula pada 31 Januari 2021 di mana pusingan akhir diadakan pada 5 Februari 2021 yang lalu.


Pertandingan tersebut menyaksikan 79 kakitangan dan pengurusan Hengyi bertanding dalam tiga kategori iaitu Perseorangan Lelaki, Lelaki Beregu dan Beregu Campuran.


Pada akhir acara, Timbalan Pengurus Besar Hengyi, Xu Ye menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan iaitu Chung Ming Fang, Awangku Md. Amirul Izzat, Awangku Md. Lufti Hidayatullah, Md. Syamil Fajrin dan Haji Mohd. Zaini yang menang dalam kategori masing-masing.


Hengyi merancang untuk mengadakan lebih banyak aktiviti sukan dan rekreasi yang dikhususkan untuk mendorong kakitangan membina ikatan dan persahabatan yang kuat antara satu dengan yang lain.



Close