Manage PermissionsManage Permissions

52 pain darah berjaya dikumpulkan



Siaran Akhbar dan Foto : Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd.





MUARA, Rabu, 27 Januari. - Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. (Hengyi) dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) mengadakan Kempen Derma Darah di Ibu Pejabat Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd., Pulau Muara Besar.


Seramai 52 kakitangan dan pihak pengurusan syarikat berkenaan tampil untuk menderma darah semasa kempen tersebut dan sebanyak 52 pain darah berjaya dikumpulkan serta akan digunakan untuk mengisi semula dan memastikan bekalan darah di hospital mencukupi.


Ini merupakan kempen derma darah ketiga yang dianjurkan oleh Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. (Hengyi) sebagai sebahagian daripada Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat tersebut bagi meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya dan faedah pendermaan darah biasa.


Selain itu, untuk mendorong kakitangan dan pengurusan syarikat tersebut untuk membantu menyelamatkan nyawa melalui perbuatan Kempen Derma Darah.



Close