Manage PermissionsManage Permissions

Operasi Langis : 10 warganegara asing ditahan



​Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

 



 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 13 Januari. - Satu Operasi Langis JIPK 06/2021 dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Bandar Seri Begawan (JIPK, BSB), di sebuah gerai menjual sayur, kawasan Kampung Tanah Jambu, Mukim Mentiri, baru-baru ini.

 

Hasil pemeriksaan, seorang lelaki, warganegara asing disiasat, di bawah Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17 kerana dipercayai melakukan kesalahan, di mana didapati melanggar peruntukan Peraturan 15 (3), iaitu bekerja tidak mengikut apa yang tercatat di dalam Pas kerja yang dibenarkan.

 

Seorang lelaki, warganegara asing tersebut disiasat, di bawah Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17 dan tindakan selanjutnya. Jika sabit kesalahan, warganegara asing berkenaan akan dikenakan kompaun BND600, di bawah peruntukan Bab 58A. Manakala majikan juga akan dikenakan kompaun BND600, di bawah peruntukan Bab 58A.

 

Sementara dalam Operasi Langis JIPK 07/2021 dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, JIPK, Bandar Seri Begawan ke atas tiga buah rumah sewa, di Simpang 759, kawasan Kampung Tasek Meradun, Mukim Kilanas; Bilik-Bilik Sewa Simpang 162, Jalan Delima Dua; dan Simpang 71, Kampung Delima Dua, Mukim Berakas 'A'.

 

Hasil pemeriksaan tersebut, seramai 43 warganegara asing diperiksa dan sepuluh warganegara asing ditahan juga dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, JIPK, BSB untuk disiasat, di bawah Akta dan Peraturan Imigresen penggal 17.

 

Tujuan operasi adalah bagi melaksanakan rondaan, operasi dan pemeriksaan berdasarkan kepada maklumat juga kerjasama daripada orang ramai berpandukan kepada maklumat yang terkumpul, sama ada secara persendirian atau bersama agensi penguatkuasa yang lain, selain menguatkuasakan Akta dan Peraturan Imigresen, Akta dan Peraturan Pasport dan memastikan ia dipatuhi juga dalam usaha mengesan pesalah imigresen.

 

Di samping itu, bagi menguatkuasakan Perintah Pencegahan Penyeludupan Orang 2019 dan Perintah Antipemerdagangan Orang 2019 juga apa jua kegiatan yang bertentangan dengan Undang-Undang dan Peraturan di Negara Brunei Darussalam.




Close