Manage PermissionsManage Permissions

Uji kesediaan, rancangan tindak balas



​Siaran Akhbar : Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. / Foto : Haji Ariffin Haji Mohd. Noor / Morshidi, Ihsan Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd.






MUARA, Rabu, 13 Januari. - Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. (Hengyi) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) menganjurkan Tabletop Exercise (TTX) Tahap 3 di Tapak Perindustrian Pulau Muara Besar (PMB).


Tujuan latihan ini adalah untuk menguji kesediaan dan rancangan tindak balas Hengyi serta pelbagai agensi sektor kerajaan, bukan kerajaan dan swasta dalam menguruskan insiden besar dan pengosongan di PMB untuk mengurangkan risiko dan mengelakkannya korban jiwa.


Latihan TTX bermula dengan kebocoran gas daripada paip yang disambungkan ke Deheptanizer Feed - Parex Feed di Unit Kompleks Aromatics.


Dalam latihan tersebut, Pasukan Respons Kecemasan Hengyi dan Pasukan Koordinasi Kecemasan diaktifkan sebagai responden barisan hadapan untuk melakukan evakuasi.


Sejumlah 95 anggota daripada 19 buah agensi terlibat dalam latihan tersebut yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.


Kementerian dan agensi yang turut serta dalam TTX adalah Kementerian Kesihatan; Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB); Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan; Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN); Perkhidmatan Kecemasan Ambulans Perubatan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS); Radio Televisyen Brunei (RTB), Jabatan Perdana Menteri (JPM); Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); Jabatan Penerangan, JPM; Jabatan Perikanan, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan; Jabatan Daerah Brunei dan Muara, KHEDN; Pusat Penyelarasan Keselamatan Negara (NSCC); Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam; Darussalam Enterprise dan Damai Holdings Limited.


Turut hadir untuk memerhatikan dan menilai latihan tersebut adalah Kementerian Tenaga; Safety, Health and Environment National Authority (SHENA) dan Pihak Berkuasa Petroleum Brunei Darussalam.


Hengyi sebelumnya melaksanakan sejumlah Latihan Tindak Kecemasan Tahap 1, 2 dan 3.


Latihan Tindak Balas Kecemasan Tahap 1 mensimulasikan insiden berskala kecil yang dapat diuruskan oleh Hengyi sendiri, manakala pada Tahap 2 mensimulasikan kejadian kecemasan di kawasan setempat dan Tahap 3 mensimulasikan kejadian kecemasan yang menjadi insiden di peringkat kebangsaan.


Pada 19 September 2019, Hengyi menyelesaikan Latihan Tindak Balas Kecemasan Tahap 3 sebagai sebahagian daripada syarat untuk mengesahkan kesediaan Hengyi di bawah Perintah Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja, 2009 dan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (Kemudahan) (Pengendalian Peraturan Bahaya Kemalangan Besar), 2013.



Close