Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : 15 kes sembuh



​Siaran Akhbar dan Infografik : Kementerian Kesihatan

 


 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 13 Januari. - Negara Brunei Darussalam (NBD), alhamdulillah terus mencatatkan sifar kes baharu COVID-19, setakat jam 10.00 pagi ini.

 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19, di negara ini, masih kekal sebanyak 174 kes.

 

Dalam Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan memaklumkan, setakat ini, NBD mencatatkan 252 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei lalu.

 

Dalam pada itu, setakat ini, sebanyak 33 kes import dicatatkan, iaitu sejak kes terakhir jangkitan tempatan berkenaan dilaporkan.

 

Menurut Kementerian Kesihatan, tiga kes aktif dicatat masih mendapatkan rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan ketika ini, di mana ia menjadikan jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini, seramai 168 orang.

 

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di NBD, di mana seramai 630 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara seramai 11,119 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

 

Seterusnya, dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 188 sampel ujian virus SARS-CoV-2 dilaksanakan dan ini membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 ialah sebanyak 86,059 ujian.

 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari Laman Sesawang Kementerian Kesihatan, iaitu 'www.moh.gov.bn' atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.




Close