Manage PermissionsManage Permissions

Hengyi tandatangani kontrak



​Siaran Akhbar dan Foto : Hengyi Industries Sdn. Bhd.

 




MUARA, Rabu, 2 Disember. - Hengyi Industries Sdn. Bhd. telah mengadakan Majlis Penandatanganan bagi 'Third-Party Health, Safety & Environment Management System (HSEMS) Audit Service Contract' bersama Biro Veritas Brunei pada 23 November lalu.

 

Hadir semasa penandatanganan ialah Timbalan Pengurus Besar Hengyi Industries Sdn. Bhd., Mr. Xu Ye dan Ketua Eksekutif Biro Veritas Brunei, Rizan Latif.

 

Penandatanganan 'Third-Party HSEMS Audit Service Contract' memfokuskan dalam pengurusan risiko HSE dan kerja-kerja tapak bagi kilang petrokimia Hengyi Industries Sdn. Bhd sesuai dengan keperluan Autoriti Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kebangsaan (SHENA).

 

Bureau Veritas Brunei merupakan salah satu badan akreditasi ISO terkemuka di negara ini yang menjalankan perkhidmatan pengusaha minyak dan gas utama serta merupakan organisasi kontraktor utama lain di Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Hengyi Industries Sdn. Bhd. berhasrat untuk bekerjasama dengan lebih banyak syarikat tempatan dalam membantu menyumbang ke arah pengembangan dan kepelbagaian ekonomi NBD serta membantu mewujudkan dan menjayakan Wawasan Brunei 2035.




Close