Manage PermissionsManage Permissions

Jerayawara PURION Water dekati masyarakat



‚ÄčOleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Hamzah Mohidin

 





BERAKAS, Sabtu, 21 November. - Syarikat Leesin Sendirian Berhad, iaitu pengeluar air mineral berkhasiat PURION mengadakan Jerayawara PURION Water bagi Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung Daerah Brunei dan Muara bertempat di Dewan Teater, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, di sini.

 

Antara yang hadir bagi mendengarkan jerayawara tersebut ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Nudin selaku Penghulu Mukim Gadong 'A'; Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis selaku Penghulu Mukim Kota Batu dan Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh; Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman selaku Pemangku Penghulu Mukim Serasa dan Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong; Yang Berhormat Awang Haji Mohaimin bin Haji Johari @ Jahari selaku Ketua Kampung Limau Manis; Penghulu-penghulu Mukim dan Pemangku Penghulu Mukim; Ketua-ketua Kampung dan Pemangku Ketua Kampung Daerah Brunei dan Muara; serta Pengarah Urusan Syarikat Leesin Sdn. Bhd., Ting Kah Ong.

 

Jerayawara tersebut merupakan salah satu program pendidikan syarikat tersebut dalam membarigakan mengenai faedah penggunaan dan kelebihan Air PURION terhadap kesihatan untuk pendedahan kepada masyarakat di peringkat akar umbi melalui Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.

 

Taklimat mengenai faedah dan kelebihan Air PURION tersebut disampaikan oleh Pengurus Perkembangan Perniagaan, Syarikat Leesin Sdn. Bhd., Awang Jackie Tan Yu Chui, yang antara lain menerangkan mengenai faedah Air PURION terhadap kesihatan, iaitu membantu dari segi penjagaan berat badan, meningkatkan ketahanan dan fleksibiliti otot badan, memacu metabolisme dan sistem penghadaman, mengurangkan risiko penyakit dan membantu membuang toksin dalam badan.

 

Air minuman jenama PURION ini juga membantu dalam memberikan konsentrasi yang lebih tajam, di samping menjaga kesihatan kulit dan rambut, selain turut membantu dalam meningkatkan pengaliran darah dan pemulihan tenaga.

 

Sementara itu, Pengurus Syarikat Leesin Sdn. Bhd., Awang Isaac Yong menjelaskan, di samping menjalankan perniagaan, syarikat tersebut juga ingin melihat lebih ramai orang meminum air minuman berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mereka.

 

Syarikat Leesin Sdn. Bhd. juga akan berterusan memberikan sokongan kepada komuniti di negara ini sebagai salah satu khidmat masyarakat mereka.

 

Air PURION ini boleh didapati di pasar raya-pasar raya di negara ini dan orang ramai juga boleh menempah air tersebut untuk penghantaran secara percuma bagi Daerah Brunei dan Muara sahaja dengan menghubungi talian +673 7374577.


Close