Manage PermissionsManage Permissions

MTIC adakan Majlis Pembukaan Dikir Maulud



​Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit

 





BERAKAS, Sabtu, 17 Oktober. - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya membuka tirai Dikir Maulud 12 malam berturut-turut sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1442 Hijrah.

 

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha, ketua-ketua jabatan, Pemangku Ketua-ketua Eksekutif serta pegawai-pegawai dan kakitangan MTIC dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.

 

Majlis didahului dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Pemangku Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB), Mohammad Alihan bin Abusamah.

 

Majlis diteruskan dengan persembahan dikir beramai-ramai yang dimulakan dengan Dikir Assalamualaika dan diikuti dengan Dikir Syarafil Anam serta Dikir Asyrakal. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat. Majlis berlangsung di Surau LTAB.

 


Close