Manage PermissionsManage Permissions

Projek di bawah Pelan Kerja AJTP dibincangkan



Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 September. - Persidangan Ketua-Ketua Kanan Pengangkutan ASEAN dan Jepun Ke-18 diadakan pada 15 September 2020 melalui persidangan video yang dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof selaku Pengerusi Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN (STOM) bagi tahun 2020 dan Director-General for International Affairs, Ministry of Land, Infrastructure, Transport and Tourism (MLIT), Jepun, His Excellency Kawarabayashi Yasuto.

 

Persidangan tersebut bertukar-tukar pandangan mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh negara-negara Ahli ASEAN dan Jepun ke arah menangani penularan jangkitan wabak COVID-19 dalam sektor pengangkutan.

 

Persidangan juga membincangkan perkembangan terkini mengenai projek-projek yang dilaksanakan di bawah Pelan Kerja ASEAN-Japan Transport Partnership (AJTP), termasuk beberapa inisiatif baharu untuk pelaksanaan Pelan Kerja AJTP bagi Tahun 2020 - 2021 seperti berikut iaitu 'Deliverables' bagi tahun 2020, The Final Report under ASEAN-Japan Cruise Promotion Strategy, Guidelines for Maintenance of Navigation Channels in ASEAN dan Guideline on Safety Measures with Ship's Routeing in the ASEAN region.

 

Manakala inisiatif-inisiatif baharu bagi tahun 2020 - 2021 adalah seperti berikut iaitu Development of Guideline for Capacity / Performance Evaluation of Container Terminals in the ASEAN region. Seterusnya, Development of Guideline on Maritime Information Provision Service to small boats in the ASEAN region dan ASEAN-Japan Action Plan on Environment Improvement in the Transport Sector 2021 - 2025.

 

Persidangan ini adalah sebagai persediaan bagi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN dan Jepun Ke-19 (19th STOM+Japan) dan juga Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN dan Jepun kali Ke-18 (18th ATM+Japan) yang akan diadakan pada bulan November 2020.

 

Persidangan Ketua-Ketua Kanan Pengangkutan ASEAN dan Jepun yang dianjurkan oleh MLIT, Jepun merupakan satu platform tahunan bagi ASEAN dan Jepun membincangkan inisiatif-inisiatif utama berkaitan dengan sektor pengangkutan di bawah rangka kerja AJTP.

 

Turut hadir dalam persidangan tersebut adalah pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta agensi yang berkenaan di bawah kementerian ini.




Close