Manage PermissionsManage Permissions

66 pain darah berjaya dikumpulkan



​Siaran Akhbar dan Foto : Hengyi Industries Sendirian Berhad




 

MUARA, Khamis, 13 Ogos. - Hengyi Industries Sendirian Berhad (Hengyi) dengan kerjasama Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) mengadakan Kempen Menderma Darah (Blood Donation Drive) di Ibu Pejabat Hengyi Industries, Pulau Muara Besar pada 12 dan 13 Ogos 2020 dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang.

 

Lebih daripada 60 kakitangan dan pengurusan Hengyi mengambil bahagian dalam aktiviti pendermaan darah yang diadakan selama dua hari itu. Sebanyak 66 pain darah berjaya dikumpulkan dan akan disumbangkan kepada Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

 

Dalam usaha memastikan keselamatan penderma-penderma darah, tindakan pencegahan yang ketat bersesuaian dengan garis panduan dari Kementerian Kesihatan dipatuhi selama kempen berkenaan dianjurkan.

 

Acara tersebut menandakan pendermaan darah kedua yang dianjurkan oleh Hengyi dalam usaha syarikat tersebut melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pendermaan darah sukarela dan bagaimana satu darah boleh menyelamatkan hingga tiga nyawa.

 

Hengyi merancang untuk melakukan lebih banyak aktiviti pendermaan darah pada masa yang akan datang dengan harapan ia juga akan dapat memberikan sumber inspirasi kepada masyarakat untuk terus menderma darah bagi tujuan untuk menyelamatkan nyawa.




Close