Manage PermissionsManage Permissions

Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha di Daerah Tutong



‚ÄčOleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Hamzah Mohidin




 

TUTONG, Sabtu, 1 Ogos. - Pujian takbir, tasbih dan tahmid bergema lagi di bumi Darussalam tanda syukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala atas kurniaan-Nya, kita menyambut Hari Raya Aidiladha 1441 Hijrah tahun ini dalam suasana harmoni.

 

Sehubungan itu, Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha Berjemaah diadakan di seluruh masjid, surau dan balai ibadat di negara ini. Bagi Daerah Tutong, tumpuan diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong di sini.

 

Antara yang hadir menyertai majlis keagamaan itu, Setiausaha Tetap (Tenaga), Kementerian Tenaga, Awang Haji Azhar bin Haji Yahya selaku Penasihat Takmir masjid berkenaan; pegawai-pegawai kanan kerajaan dan penduduk sekitarnya.

 

Pada majlis itu, Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha Berjemaah diimamkan oleh Imam masjid tersebut, Awang Sahibol Omar bin Haji Yusof.

 

Diikuti dengan Khutbah Sunat Hari Raya Aidiladha yang dibacakan oleh Imam Tingkat I, Awang Abdul Hafiy bin Yahya yang antara lain menerangkan untuk kita terus mengamalkan sikap berjaga-jaga, tidak lalai dan tidak leka, demi menjaga kemaslahatan dan keselamatan diri, keluarga, masyarakat mahupun negara.

 

Sementara itu, pada khutbah kedua pula menjelaskan mengenai umat Islam yang berkemampuan melaksanakan ibadah korban sebagai tanda syukur dan cinta terhadap Allah Subhanahu Wata'ala.




Close