Manage PermissionsManage Permissions

11 Perjanjian Pelantikan Konsultan ditandatangani



​Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

 




BERAKAS, Khamis, 9 Julai. - Sebanyak 11 lagi projek (Projek RKN 11) di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dijangka bermula dengan pelantikan konsultan-konsultan masing-masing pada satu majlis menandatangani perjanjian perlantikan yang berlangsung di Dewan Simpur Atria, Ibu Pejabat JKR, di sini.

 


Hadir bagi menyaksikan penandatanganan tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

 


Majlis dimulakan dengan penandatangan bagi Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Gadong Fasa 2, Pintu Malim dan Stesen-stesen Pengepaman Pembentungan yang ditandatangani oleh konsultan Peter Perunding Sdn. Bhd., yang diikuti oleh konsultan Bolton Hennessey Sdn. Bhd. bagi Projek Pembinaan Jejambat Di Lebuhraya Muara-Tutong / Persimpangan Perumahan Kampung Lugu.

 


Seterusnya, penandatangan bagi Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Agis-Agis, Daerah Belait dan Projek Mengganti / Memindah Paip-paip Utama Yang Lama Bagi Semua Daerah, iaitu Paip Utama Jalan Ban, Jalan Tutong, Daerah Brunei dan Muara, yang ditandatangani oleh konsultan Othman & Associates Consulting Engineers dan diikuti penandatangan oleh konsultan Jurutera Tempatan bagi Projek Mengganti / Memindah Paip-paip Utama Yang Lama Bagi Semua Daerah, iaitu Paip Utama (inlet) ke Tangki Melabau, Daerah Brunei dan Muara.

 


Manakala konsultan Arkitek Haza menandatangani bagi Projek Pelan Induk Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan konsultan Sepakat Setia Perunding (B) Sdn. Bhd. menandatangani bagi Projek Pelan Induk Akademi Pasukan Polis.

 


Sementara itu, empat projek berasingan bagi Projek UTB Phase 4 - School of Applied Sciences and Mathematics, masing-masing ditandatangani oleh konsultan Arkitek Urusreka; Adwan and Associates; Sepakat Setia Perunding (B) Sdn. Bhd.; dan Hanafi Konsaltan.

 


Penandatangan persetujuan pelantikan tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, dengan wakil konsultan dan diakhiri dengan penyerahan dokumen perlantikan konsultan.

 


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd. Yaakub; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR, Ir. Dayang Lim Sui Kau Alice; serta Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan JKR.

 


Close