Manage PermissionsManage Permissions

Hengyi hulur sumbangan bekalan perubatan



​Siaran Akhbar dan Foto : Hengyi Industries Sdn. Bhd




 

MUARA, Rabu, 8 Julai. - Dalam usaha untuk menanai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) khususnya dalam membantu sekolah-sekolah selepas pelajar-pelajar kembali bersekolah yang terkandung dalam tahap ketiga rancangan 'de-escalation', Hengyi Industries Sdn. Bhd. (Hengyi) menyumbangkan bekalan perubatan di sekolah-sekolah yang terletak di Mukim Serasa pada 7 dan 8 Julai yang lalu.  

 

Sumbangan-sumbangan terdiri daripada 10,000 sungkup muka, 1,000 sarung tangan dan tiga termometer serta disampaikan oleh Eksekutif Komunikasi Korporat Hengyi, Pengiran Yura Masraniwaty binti Pengiran Yura Perkasa kepada Pengetua dan Kakitangan-kakitangan di Pusat Tingkatan Enam Meragang, Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Sekolah Rendah Kapok, Sekolah Rendah Serasa, Sekolah Rendah Sultan Umar Ali Saifuddin Muara dan Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, Muara.

 

Turut hadir dalam sumbangan tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman selaku Pemangku Penghulu Mukim Serasa dan Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong.

 

Sumbangan tersebut diharap akan dapat membantu sekolah-sekolah untuk bersiap sedia memandangkan para pelajar yang sudah kembali bersekolah dan meningkatkan lagi langkah berjaga-jaga bagi memastikan kesejahteraan kedua-dua pihak iaitu pelajar dan juga kakitangan sekolah.




Close