Manage PermissionsManage Permissions

Kementerian Pendidikan terima sumbangan bekalan perubatan



Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pendidikan



 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Julai. - Kementerian Pendidikan menerima beberapa sumbangan berupa bekalan perubatan daripada Progresif Cellular Sdn. Bhd, Hengyi Industries Sdn. Bhd. dan orang perseorangan. Majlis penerimaan sumbangan berlangsung di Dewan Utama, Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan.

 

Hadir bagi menerima sumbangan dan menyampaikan sijil penghargaan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman.

 

Sumbangan berupa 120 botol pensanitasi tangan, 320 botol semburan alkohol pembasmi kuman, 3,000 sungkup muka dan 3,200 keping alkohol 'wipes' disumbangkan oleh Progresif Cellular Sdn. Bhd. dan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dayang Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar.

 

Seterusnya, Hengyi Industries Sdn. Bhd. menyumbangkan berupa sungkup muka, sarung tangan dan pemeriksa suhu panas badan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Chen Lian Cai. Sumbangan juga diterima daripada orang perseorangan berupa 3,000 botol pensanitasi tangan yang disampaikan oleh Ganasan Subramaniam.

 

Antara yang hadir pada majlis ini ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr. Haji Azman bin Ahmad; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr. Chin Wei Keh; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Dayang Marina Chek binti Bujang serta pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Pendidikan, Progresif Cellular Sdn. Bhd. dan Hengyi Industries Sdn. Bhd.



Close