Manage PermissionsManage Permissions

DANA terima sumbangan sebanyak BND130,522.00



‚ÄčOleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Mohd. Zul Izzi Haji Duraman

 




BERAKAS, Jumaat, 22 Mei. - Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya iaitu, Insurans Islam TAIB Sendirian Berhad dan Darussalam Holdings Sendirian Berhad menyumbangkan derma sebanyak BND130,522 kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA).

 


Daripada jumlah tersebut, sebanyak BND100,000 adalah sumbangan daripada pihak TAIB, BND10,000 daripada Insurans Islam TAIB Family Takaful, BND10,000 daripada Insurans Islam TAIB General Takaful, BND10,000 daripada Darussalam Holdings Sendirian Berhad dan BND522 pula adalah daripada para pegawai dan kakitangan Insurans Islam TAIB Sendirian Berhad.


 

Penyerahan sumbangan kepada DANA tersebut disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB yang menyerahkan 'mock cheque' kepada Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DANA.

 


Turut hadir pada majlis yang berlangsung di Pejabat Pengurusan Korporat TAIB, di Airport Mall, Berakas itu, Setiausaha Tetap (Industri), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani selaku Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB dan juga Pengarah Urusan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim.

 


Sumbangan kepada DANA ini adalah sebahagian daripada usaha amal yang dibuat oleh TAIB dan anak-anak syarikatnya untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat amnya, dan menyokong DANA dalam usaha mereka untuk meningkatkan kesejahteraan anak yatim di negara ini khususnya.

 



Close