Manage PermissionsManage Permissions

Hengyi hulur sumbangan kepada 22 keluarga



​Siaran Akhbar dan Foto : Hengyi Industries Sendirian Berhad

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Mei. - Hengyi Industries Sendirian Berhad (Hengyi) hari ini memberikan sumbangan derma kepada 22 buah keluarga yang kurang bernasib baik dan anak-anak yatim. Acara tersebut merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat Syarikat, dengan objektif utama untuk mengurangkan beban keluarga bagi persediaan bulan Syawal yang bakal menjelang tiba.

 


Sumbangan yang berupa keperluan asas, termasuk makanan dan barang keperluan rumah adalah sumbangan daripada para sukarela kakitangan tempatan dan ekspatriat Hengyi yang kemudiannya diagih-agihkan oleh para kakitangan Hengyi kepada keluarga kurang bernasib baik yang tinggal di sekitar Mukim Muara dan Serasa dan sekali gus mengamalkan langkah-langkah penjarakan sosial dan mematuhi garis panduan pemulihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan berikutan wabak COVID-19.

 


Diharapkan aktiviti seperti ini akan dapat menanamkan semangat beramal dan bermurah hati di kalangan kakitangan Hengyi dan orang ramai dengan memberikan bantuan yang diperlukan kepada keluarga yang kurang bernasib baik pada bulan suci Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

 


Close