Manage PermissionsManage Permissions

Kementerian Kesihatan terima sumbangan, peralatan bernilai USD1 juta



Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kesihatan

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 Mac. - Kementerian Kesihatan menerima sumbangan bekalan perubatan dan peralatan perubatan yang bernilai USD1 juta dari Zhejiang Hengyi Group Co. Ltd yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Corporate Social Responsibility (CSR) daripada Hengyi untuk sama-sama membantu Kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam menangani penularan jangkitan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

 

Sumbangan tersebut yang akan tiba dalam berkumpulan akan dihantar terus ke Negara Brunei Darussalam dari China. Kumpulan pertama derma, dijangka akan tiba pada minggu hadapan termasuk lima unit ventilator dan 50 unit katil pesakit hospital elektrik dan akan diedarkan ke hospital-hospital serta pusat-pusat pengasingan pada minggu hadapan.

 

Bekalan dan kelengkapan perubatan lain akan datang pada kelompok yang berbeza. Kumpulan Hengyi berharap sumbangan ini akan dapat memberi sokongan tambahan kepada Kementerian Kesihatan dalam mengendalikan pandemik ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi Industries Sdn. Bhd., Chen Lian Cai menyampaikan sumbangan tersebut kepada Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar. Turut hadir pada majlis penyampaian tersebut, Setiausaha Tetap (Tenaga) di Kementerian Tenaga, Awang Haji Azhar bin Haji Yahya.

 

Hengyi Group juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak barisan hadapan Kementerian Kesihatan atas usaha gigih mereka dalam memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 di negara ini dan akan terus memberikan sokongan mereka kepada kerajaan Brunei Darussalam.

 


Close