Manage PermissionsManage Permissions

Program Sua Muka barigakan maklumat semasa



​Berita dan Foto : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

 



TEMBURONG, Khamis, 13 Februari. - Program Sua Muka yang dikelolakan Jabatan Penerangan bagi sesi 2018-2019 mengumpulkan kira-kira 50 isu yang diketengahkan ke beberapa agensi kerajaan dan swasta.

 


Selain itu, program berkenaan mengongsikan data isu bagi sesi 2017/2018 iaitu sebanyak 195 (98 peratus) isu telah diselesaikan dari 199 isu yang telah diterima.

 


Pada acara berlangsung di Balai Raya Kampung Selapon di sini, rombongan Jabatan Penerangan yang diwakili Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad berkesempatan mengetahui pelbagai isu dan permasalahan yang dibangkitkan oleh para penduduk kampung tersebut.

 


Isu-isu yang disuarakan antaranya berkaitan mengenai penyediaan prasarana, kemudahan awam, aktiviti perekonomian dan hal-hal lain.

 


Awang Mawardi juga menekankan para penduduk kampung untuk mengamalkan kerja gotong-royong dan sentiasa selalu mengekalkan kebersihan alam sekitar.

 


Beliau juga menggariskan beberapa kesalahan dalam tatacara dan penyalahgunaan bendera kebangsaan serta memahami dalam mengenali penyebaran maklumat palsu.

 


Pelita Brunei sempat menemu bual salah seorang ahli Majlis Perundingan Kampung, Pitrus bin Apoi yang antaranya menyambut baik inisiatif program anjuran Jabatan Penerangan tersebut yang merupakan platform bagi para penduduk dalam menyuarakan segala permasalahan yang mereka hadapi.

 


Pada majlis itu, para penduduk juga diperkenalkan Aplikasi Mudah Alih Jabatan Penerangan 'InfoDeptBN' serta diterangkan tatacara untuk memuat turun aplikasi berkenaan melalui Google Playstore bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iOS.

 


Antara maklumat yang diperoleh seperti Epaper Pelita Brunei, Penerbitan, Waktu Sembahyang, Iklan Jawatan Kosong dan banyak lagi.

 


Program itu dilaksanakan lima ke enam kali dalam sebulan dan 60 kali pada satu tahun bagi Daerah Brunei dan Muara. Manakala bagi Daerah Belait sebanyak 11 kali setahun, Daerah Tutong enam kali setahun dan Daerah Temburong sebanyak lima kali setahun.

 


Semua isu yang diterima akan disampaikan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk makluman dan tindakan mereka masing-masing.

 


Kampung Selapon mempunyai keramaian 483 orang dengan bilangan jumlah sebanyak 67 di bawah pimpinan Pemangku Ketua Kampung Selapon, Awang Yaakup bin Ismail.

 


Close