Manage PermissionsManage Permissions

Pemasangan 'i Beam' mula dilaksanakan



​Siaran Akhbar dan Infografik : Jabatan Kerja Raya

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Januari. - Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada para pengguna jalan raya bahawa kerja-kerja menaikkan / pemasangan 'i Beam' di kawasan jambatan yang sedia ada di Jalan Kota Batu, Kampung Mentiri akan mula dilaksanakan pada Jumaat, 17 Januari 2020 sehingga Rabu, 22 Januari 2020.

 


Untuk makluman para pengguna jalan raya juga, kerja-kerja tersebut akan bermula jam 11.00 malam sehingga 5.00 pagi.

 


Sehubungan itu, bagi memudahkan kerja-kerja berkenaan dilaksanakan, sebahagian jambatan tersebut akan ditutup sementara untuk memberikan laluan kepada pihak kontraktor melaksanakan kerja-kerja menaikkan / pemasangan 'i Beam' di kawasan jambatan tersebut.

 


Dengan itu, pihak Jabatan juga ingin mengingatkan kepada para pengguna jalan raya khususnya yang tinggal berhampiran di kawasan tersebut supaya akan sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut, di samping mematuhi papan tanda jalan raya dan papan tanda keselamatan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

 


Di kesempatan ini, pihak Jabatan ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama para pengguna jalan raya dan sebarang pertanyaan serta aduan, bolehlah menghubungi pihak JKR di Talian Darussalam :123 / Livechat +673 8333123, Facebook : 'Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam' dan e-mel : 'pro@pwd.gov.bn'.

 


Close