Manage PermissionsManage Permissions

Malaysia sasar 30 juta pelancong



‚ÄčOleh : Khartini Hamir / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 




JERUDONG, Rabu, 15 Januari. - Malaysia memulakan Kempen Visit Malaysia 2020 (VM2020) dengan menyertai Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2020 yang bermula pada 12-16 Januari bertempat di Dewan Persidangan BRIDEX.


 

Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Musa bin Haji Yusof dalam taklimatnya semasa ASEAN NTO Media Briefing - Malaysia Tourism Promotion Board yang berlangsung di Bilik Sindiket 2, Pusat Persidangan BRIDEX, di sini menjelaskan, dengan mengambil bahagian dalam pameran ATF TRAVEX 2020 dapat melibatkan diri dengan pihak industri pelancongan Malaysia untuk mendapatkan sokongan besar daripada pembeli antarabangsa dan pihak media di petak Tourism Malaysia.

 


Sejumlah 37 perwakilan dari 22 pemain industri pelancongan Malaysia termasuk hotel, pengendali pelancongan, organisasi pelancongan dan syarikat penerbangan yang menyertai ATF TRAVEX 2020, dengan matlamat untuk memupuk semangat dan minat pelancong dari negara-negara ASEAN terutama Brunei untuk berkunjung ke Malaysia pada 2020.

 


Pada taklimat media itu juga, beliau mengetengahkan beberapa perkara antaranya jumlah perbelanjaan pelancong meningkat sebanyak 2.4 peratus kepada RM84.1 bilion pada tahun 2018 walaupun ketibaan pelancong menurun sebanyak -0.4 peratus, dan penyumbang utama perbelanjaan pelancong 2018 adalah dari pasaran sederhana yang meningkat kepada +33.8 peratus (42.33% saham).

 


Namun setakat Januari hingga September 2019 tahun lalu, jumlah ketibaan pelancong ke negara itu meningkat sekitar +3.7 peratus (20,109,203) sekali gus turut meningkatkan jumlah penerimaan sebanyak +6.9 peratus (RM66.14 billion).

 


Antara statistik negara dan wilayah yang mencatatkan ketibaan ke negara berkenaan ialah terdiri dari negara Eropah (+1.5 peratus); Asia Tengah (+23.1 peratus); Asia Timur (+5.7 peratus); Africa (+7.7 peratus); Asia Barat (-2.0 peratus), Asia Selatan (+20.4 peratus), ASEAN (+2.6 peratus), dan Oceania (+4.7 peratus).

 


Sementara itu, Tourism Malaysia turut mencatatkan 10 pasaran teratas dari luar negara terdiri dari Singapura, Indonesia, China, Thailand, Brunei Darussalam, India, Korea Selatan, Viet Nam, Jepun dan Taiwan.

 


Manakala penjanaan tertinggi dari Januari - September 2019 adalah terdiri dari Singapura (RM16.33 billion); China (RM12.80 billion); Indonesia (RM8.80 billion); Thailand (RM2.81 billion); dan India (RM2.47 billion) sekali gus mencatatkan jumlah penerimaan sebanyak +6.9 peratus (RM66.14 billion).

 


Menyentuh mengenai siri tahun kempen melawat Malaysia, Datuk Musa turut mengetengahkan dan mempromosikan Kempen 'Visit Truly Asia Malaysia 2020'.

 


Tambahnya, melalui penyertaan Malaysia di ATF 2020 ini, dijangka akan dapat menarik lebih banyak pelancong antarabangsa ke Malaysia untuk mencapai sasaran kempen 30 juta pelancong dan USD24.44 bilion (RM100 bilion).

 


Turut dikongsikan bersama ialah beberapa kalender acara yang dijangka akan berlangsung sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 antaranya KL Biennale, 1 Oktober 2019 - 29 Februari 2020; Penang Hot Air Balloon Fiesta, 9 - 10 Februari; Le Tour de Langkawi, 7 - 14 Februari; Nature Raptor Watch, 9 - 10 Mac; Taman Negara Bird Count, 13-15 Mac; Iftar@KL, 2 - 17 Mei; Harvest Festival (Sabah & Sarawak), 30 Mei - 1 Jun; Fraser's Hill International Bird Race, 20 - 21 Jun; Rainforest World Music Festival, 10 - 12 Julai; Borneo Jazz Festival, 17-19 Julai; Royal Floria Putrajaya, 14-23 Ogos; Malaysia MOTOGP, 30 Oktober; dan FIM Endurance Championship & FIA World Touring Car Cup, 10 - 13 Disember.

 


Pelbagai tempat dan tarikan pelancong di Malaysia juga ketengahkan mengikut segmen Seperti Tapak Warisan Dunia Dan Bandar-bandar UNESCO; Ekopelancongan; Pulau Dan Pantai; Bukit Dan Gunung; Bandar-bandar; Taman Tema; Pusat Membeli-belah; serta Makanan dan Kebudayaan.

 


Sebagai negara anggota ASEAN, jelasnya lagi, Malaysia menantikan ASEAN pada dekad seterusnya akan terus berinovasi secara inovatif dan mencari inisiatif yang bermakna untuk meningkatkan pertumbuhan pelancongan di rantau ini dengan menggabungkan digitalisasi sambil mengekalkan warisan, tradisi dan identiti yang menjadikan ASEAN unik untuk generasi akan datang.

 


Close