Manage PermissionsManage Permissions

Aktiviti AMBD ‘Gives back to school’



Siaran akhbar dan Foto : Autoriti Monetari Brunei Darussalam

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Januari. – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), dengan kerjasama pihak OneCity Shopping Centre, baru-baru ini telah mengadakan Aktiviti 'AMBD Gives Back to School' bagi pelajar-pelajar Sekolah Rendah Batu Marang.

 


Aktiviti ini adalah merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang diungkayahkan oleh pihak AMBD dengan tujuan untuk menyantuni dan membantu seramai 15 pelajar Sekolah Rendah Batu Marang dengan membekalkan barang-barang keperluan sekolah bagi persiapan persekolahan 2020. Dalam masa yang sama, para pelajar juga diajar untuk berbelanja secara berhemat mengikut belanjawan yang telah ditetapkan.

 


Acara dihadiri oleh Pemangku Pengarah Urusan AMBD, Dayang Hajah Noorrafidah binti Haji Sulaiman, Pemangku Penolong Pengarah Urusan AMBD, Awang Mardini bin Haji Eddie serta para pegawai dan kakitangan AMBD. Turut hadir ialah pengetua, guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa Sekolah Rendah Batu Marang. Kemudian pelajar dibawa berbelanja untuk membeli barang-barang keperluan sekolah dan seterusnya beberapa pelajar telah diberi bantuan khidmat pemeriksaan mata dan menerima kaca mata yang ditaja oleh AMBD.

 


Program tersebut diakhiri dengan penyampaian sumbangan buku-buku sekolah kepada pengetua dan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Batu Marang oleh Pemangku Pengarah Urusan AMBD, Dayang Hajah Noorrafidah binti Haji Sulaiman dan Pemangku Penolong Pengarah Urusan AMBD, Awang Mardini bin Haji Eddie.

 


Close