Manage PermissionsManage Permissions

Pesta Pengguna kini kembali lagi!



​Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 




BERAKAS, Rabu, 15 Januari. - Pesta Pengguna Ke-24 anjuran D'Sunlit Sendirian Berhad kini kembali lagi dengan jualan yang lebih besar dan menarik.

 


Untuk Pesta Pengguna Ke-24 kali ini, D'Sunlit Sendirian Berhad berhasrat untuk menjadikan acara tersebut lebih dekat kepada masyarakat Brunei tanpa mengira peringkat umur yang mana sama seperti anjuran sebelumnya iaitu menampilkan kisah naratif mengenai watak kartun yang berorientasikan keluarga.

 


Perasmian pesta disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 


Selain daripada aktiviti menarik yang dibawakan oleh rakan kongsi acara sepanjang lima hari, Pesta Pengguna Ke-24 juga akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti Bandar Raya Oriental, Pembuatan Lantern, Toy Donation Drive dan Toy Warehouse Sale.

 


Terdapat juga tawaran menarik iaitu 88 sen yang dibawakan oleh Toy Warehouse Sale di mana tiga pemenang bertuah yang menyertai kempen media sosial akan berpeluang untuk mengisi satu troli setiap satu secara percuma.



Selain itu, The Snap Consumer and Win juga kembali memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi Insta 360 ONE X baharu dengan tambahan Venture Case, Kad SD 32GB dan Stick Invisible.


 

Orang ramai juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang hebat dengan menyertai Consumer Fair Grand Lucky Fair.

 


Pihak penganjur juga ingin menggalakkan orang ramai agar membawa beg membeli-belah mereka sendiri, selaras dengan inisiatif Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan untuk melaksanakan kempen 'Setiap Hari Tanpa Plastik'.

 


Pesta Pengguna pertama kali diperkenalkan pada tahun 2008 dengan motif menyediakan platform bagi mempromosikan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana tempatan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka, di samping menyediakan platform bagi pertukaran pengetahuan perniagaan antara peserta pameran tempatan dan antarabangsa.

 


Sejak penampilan sulungnya, Pesta Pengguna terus berkembang pesat dengan peningkatan jumlah peserta pameran dan jumlah pengunjung yang ramai setiap tahun.

 


Pesta Pengguna Ke-24 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas diadakan selama lima hari iaitu bermula 15 Januari sehingga 19 Januari 2020 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, manakala Jumaat akan ditutup sementara pada jam 12.00 tengah hari sehingga 2.00 petang.

 


Close