Manage PermissionsManage Permissions

JPA berpindah mulai 2 Januari



​Siaran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Awam

 




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Januari. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri berpindah dan mula beroperasi di alamat baharu pada 2 Januari 2020.

 


Alamat tersebut adalah Simpang 156, Jalan Kumbang Pasang, Bandar Seri Begawan, BA1311, Negara Brunei Darussalam.

 


Pemindahan bangunan ini adalah bertujuan untuk memudahcarakan dan meningkatkan lagi perhubungan dengan orang ramai.

 


Oleh itu, orang ramai yang ingin berurusan dengan pegawai dan kakitangan di jabatan ini, bolehlah terus datang ke lokasi baharu tersebut, pada waktu perkhidmatan, iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu, jam 7.45 pagi hingga 11.30 pagi; dan pada sebelah petang, jam 1.30 petang hingga 4.00 petang.

 


Orang ramai yang berhasrat untuk menghubungi jabatan ini boleh berhubung melalui e-mel rasmi jabatan, iaitu 'info.psd@psd.gov.bn'.


Close