Manage PermissionsManage Permissions

MUIB hulur bantuan, ringan bebanan



‚ÄčOleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Januari. - Dalam usaha meringankan bebanan mangsa-mangsa kebakaran baru-baru ini, Majlis Ugama Islam menyerahkan Agihan Wang Zakat kepada mangsa-mangsa kebakaran rumah di Kampung Pengiran Bendahara Lama.

 


Majlis Penyerahan diadakan di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, di sini.

 


Wang Agihan Zakat disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Brunei.

 


Pada majlis tersebut, Agihan Zakat dalam bentuk kewangan dan peralatan-peralatan persekolahan diserahkan kepada 107 mangsa kebakaran.

 


Semua wang tunai yang berjumlah BND21,400 dan peralatan persekolahan tersebut diambil daripada peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin.

 


Kejadian yang berlaku pada 8 Januari 2020 lalu menjejaskan 15 buah rumah, di mana 10 buah musnah keseluruhannya, manakala lima lagi mengalami kerosakan teruk.

 


Pada masa ini, mangsa-mangsa tersebut tinggal sementara di rumah saudara mara dan sebahagiannya di rumah sementara yang disediakan oleh pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

 


Dengan adanya agihan zakat ini diharap akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa dan dengan harapan semoga mereka lebih berhati-hati juga sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan ahli keluarga daripada ditimpa musibah sebegini.


Close