Kursus Seni Bina NBD diiktiraf sebanding piawaian RIBA





Oleh: Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Azmah Haji Ahad

 


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Mac. - Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) bersama Board of Architects, Professional Engineers and Quantity Surveyors (BAPEQS) telah menghasilkan Architecture Accreditation Manual sebagai garis panduan untuk mengiktiraf Kursus Seni Bina di Negara Brunei Darussalam (NBD) yang sebanding dengan keperluan piawaian Royal Institute of British Architects (RIBA).

 

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh menjelaskan perkara berkenaan pada hari ke-13 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung hari ini di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Bagi menjawab soalan daripada Ahli MMN, Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumi mengenai dengan Autoriti bagi Akreditasi Kerjaya Seni Bina (Architecture), Yang Berhormat Menteri Pendidikan seterusnya menjelaskan bahawa Universiti Teknologi Brunei (UTB) menawarkan Program BSc in Architecture Programme dan Master of Architecture bagi memenuhi keperluan piawaian RIBA.


Close