Manage PermissionsManage Permissions

Penutup Dikir JPM semarakkan Maulud



‚ÄčOleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad \ Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 8 November. - Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan-jabatan di bawahnya tidak ketinggalan dalam mengadakan Majlis Penutup Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1441 Hijrah / 2019 Masihi.

 


Majlis berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, di sini.

 


Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.

 


Turut hadir, Setiausaha Tetap; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; Ketua-ketua Bahagian; juga pegawai-pegawai dan kakitangan JPM juga Jabatan-jabatan di bawahnya.

 


Majlis diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, diimamkan oleh imam masjid berkenaan.

 


Majlis Dikir yang berlangsung selama 12 malam tersebut merupakan aktiviti keagamaan, dikendalikan setiap tahun oleh JPM dan Jabatan-jabatan di bawahnya dalam sama-sama menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul yang diraikan bagi Memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 


Di samping itu, ia juga bertujuan bagi mengeratkan lagi silaturahim di antara pegawai dan kakitangan juga dihasrat menjadi satu aktiviti yang akan dapat meningkatkan amalan dan ganjaran pahala dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.



Close