Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Penutup Dikir Masjid SSBRPAD Madang



Oleh : Aimi Sani \ Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 



MADANG, Jumaat, 8 November. - Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit (SSBRPAD) mengadakan Majlis Penutup Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1440 Hijrah / 2019 Masihi di masjid berkenaan.

 


Majlis anjuran Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid itu telah dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 


Majlis diserikan dengan Dikir Syarafil Anam, Assalamualaika dan Khairuman yang dibawakan oleh Kumpulan Dikir Masjid SSBRPAD dan Kumpulan Dikir Masjid Madang serta pegawai dan kakitangan Kementerian Perhubungan; Pasukan Polis Diraja Brunei; Tentera Darat Diraja Brunei Batalion Pertama dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

 


Bacaan Dikir Bishahrin dan Asyraqal diteruskan lagi setelah selesai menunaikan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

 


Bacaan Doa Dikir dibacakan oleh Imam Masjid SSBRPAD, Awang Haji Jupri bin Haji Abidin, manakala Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Nuzli bin Haji Jumaat.

 


Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam disambut secara besar-besaran yang diraikan oleh umat Islam di negara ini.



Close