Manage PermissionsManage Permissions

Rebut ganjaran pahala ibadah korban



Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim \ Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Ogos. - Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian mengadakan Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha bagi Tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi berlangsung di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri, di sini.


Sebanyak tiga ekor kerbau dan dua ekor kambing dikorbankan bagi Majlis Ibadah Korban tahun ini.


Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussein.


Turut hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai serta kakitangan di kementerian berkenaan, Darussalam Enterprise (DARe), Autoriti Elektrik Negara Brunei Darussalam dan Pihak Berkuasa Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (Safety Health Environment National Authority - SHENA) serta Brunei National Energy Research Institute (BNERI).


Di majlis tersebut, tetamu kehormat, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua Pegawai Eksekutif DARe menyempurnakan pengagihan daging-daging korban kepada penerima.


Bagi majlis ibadah korban kali ini, seramai 300 penerima terdiri dari asnaf dan fakir miskin daripada kementerian berkenaan dan jabatan di bawahnya dan sekitar Mukim Berakas menerima agihan daging korban berkenaan.


Majlis tersebut dianjurkan bersama oleh Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, DARe serta Autoriti Elektrik Negara Brunei Darussalam.



Close