Manage PermissionsManage Permissions

Atlet Wushu sahut cabaran SUKMA Ke-19



‚ÄčOleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 September. - Lima atlet Wushu Negara Brunei Darussalam beserta dua jurulatih dan seorang Pegawai Pengiring, Awang Mohammad Hasnan bin Haji Haris berlepas pada Ahad baru-baru ini ke Perak, Malaysia bagi menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 Perak 2018 yang bakal berlangsung pada12 hingga 22 September ini.

 

Hadir bagi mengucapkan selamat berlepas dan menyampaikan kata-kata dorongan di ruang berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini ialah Ketua Pegawai Belia dan Sukan, Dayang Mariam binti Ulat.

 

Antara objektif Negara Brunei Darussalam menyertai SUKMA itu ialah untuk memberikan satu platform kepada atlet-atlet muda kita yang berpotensi agar dapat menyertai sukan yang kompetitif dan berprestij.

 

SUKMA Ke-19 dihoskan oleh Perak buat kali kedua, yang mana kali pertama dihoskan pada 1994.



Close