Manage PermissionsManage Permissions

Berangkat tiba di Jakarta bagi Keberangkatan Negara



Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Azmah Haji Ahad

 

 



JAKARTA, Rabu, 5 Mei- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam hari ini selamat berangkat tiba di Jakarta, Republik Indonesia bagi Keberangkatan Negara pada 3 dan 4 Mei 2018.

 

Berangkat mengiringi baginda berdua ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

 

Berada di Lapangan Terbang Soekarno Hatta bagi menjunjung keberangakatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja ialah Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Jenderal (Bersara) Dr. Haji Wiranto; dan pegawai-pegawai kanan Republik Indonesia.

 

Turut sama menjunjung keberangkatan tiba Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; Duta Besar dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Yussof bin Haji Abdul Rahman dan Datin.

 

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri disembahkan dengan jambangan bunga sebelum berangkat melintasi Barisan Kawalan Kehormatan Statik.

 

Baginda berdua kemudiannya dijunjung menaiki kenderaan khas menuju ke sebuah hotel terkemuka di Jakarta, tempat persemayaman di sepanjang Keberangkatan Negara itu.

 

Hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia dijalinkan pada tahun 1984 and semenjak itu, kedua-dua negara menikmati hasil kerjasama yang semakin berkembang khususnya kerjasama di bidang ekonomi dan perdagangan, dan juga di bidang-bidang keselamatan, pendidikan dan pertanian.

 

Hubungan-hubungan tersebut telah pun diperkukuhkan lagi dengan Keberangkatan Negara Kebawah DYMM ke Republik Indonesia serta Lawatan-lawatan Negara Presiden Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam.


Close