Manage PermissionsManage Permissions

Brunei sertai Pertukaran Sukan Belia Jepun – ASEAN



​Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim





 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 5 Mac. - Seramai 18 pemain Pasukan Tabuan Di Bawah Umur 16 Tahun lewat  bertolak ke Jepun bagi menyertai Pertukaran Sukan Belia Jepun - ASEAN (Japan - ASEAN Youth Sports Exchange).

 

Rombongan diiringi oleh enam pegawai dan diketuai oleh Ahli Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD), Awang Morni bin Haji Zakaria selaku Pengurus Pasukan Tabuan.

 

Hadir mengucapkan selamat berlayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini ialah Exco NFABD, Awang Bujang bin Haji Japar yang juga memimpin bacaan Doa Selamat.

 

Pertukaran Belia Sukan Jepun - ASEAN akan bermula pada 6 hingga 14 Mac 2018.

 

Rombongan tersebut dijangka pulang pada 15 Mac 2018.



Close