Manage PermissionsManage Permissions

MPK Sengkurong 'B' zahirkan kesyukuran



Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin





SENGKURONG, Ahad, 25 Februari. - Sebagai tanda kesyukuran dan taat setia kepada raja serta cintakan Negara Brunei Darussalam, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong 'B' mengadakan Majlis Sambutan sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-34 yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong, di sini.


Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim yang juga merupakan Penasihat MPK Sengkurong 'B'.


Majlis yang diungkayahkan oleh Perkumpulan Wanita MPK Sengkurong 'B' tersebut dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran beramai-ramai diketuai oleh Awang Haji Kamaruzaman bin Haji Jakar.


Acara juga diserikan dengan persembahan tausyeh daripada Ahli-ahli Perkumpulan Wanita MPK Sengkurong 'B' yang diketuai oleh Dayang Hajah Rosnah binti Haji Tamin.


Juga hadir ialah Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir; Ketua-ketua Kampung dan Ahli-ahli MPK Sengkurong 'B' dan Ahli-ahli Perkumpulan Wanita MPK Sengkurong 'B' berserta keluarga.



Close