Manage PermissionsManage Permissions

MS ABDB pertahankan kejuaraan Liga Super DST



‚ÄčOleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Azmah Haji Ahad





 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Februari. - Liga Super DST 2017 menutup tirainya setelah menyaksikan pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) mengekalkan kejuaraannya buat kali ketiga berturut-turut dan menjulang piala kejohanan.

 

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini, pasukan MS ABDB berlawan bersama pasukan Kelab Sukan Indera (Indera SC).

 

Walaupun perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0 - 0, namun pasukan MS ABDB berjaya memintas pasukan-pasukan lain dengan mengutip mata tertinggi dan berada di kedudukan tangga teratas liga musim ini.

 

Hadir menyaksikan perlawanan dan seterusnya menyempurnakan pengalongan pingat serta penyampaian cenderahati ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Sementara itu, naib johan liga dirangkul oleh pasukan Kota Rangers FC dan tempat ketiga disandang oleh pasukan Indera SC.

 

Dengan meraih Piala Liga Super DST 2017, pasukan MS ABDB sudah merangkul lapan piala sejak Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) menganjurkan musim Liga Bola Sepak Brunei pada tahun 2013, iaitu Piala FA DST 2013; Piala Sumbangsih DST 2014; Piala FA DST 2014; Piala FA DST 2015; Piala Liga Super DST 2015, Liga Super DST 2016 dan Piala Sumbangsih Brunei DST 2017.

 

Daripada sembilan piala yang menjadi rebutan dalam tempoh lima tahun musim Liga Bola Sepak Brunei itu dianjurkan, pasukan Indera SC memenangi tiga daripadanya, iaitu Piala Liga Super DST 2013; Piala Liga Super DST 2014 dan Piala Sumbangsih DST 2015.



Close