Manage PermissionsManage Permissions

Berkenan umumkan pelantikan kabinet baharu



‚ÄčOleh : Abdullah Asgar





 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 30 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan mengenai Pengisytiharan Rombakan dan Pelantikan Menteri-Menteri Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri yang Baharu, di Istana Nurul Iman.

 

Baginda dalam titah mengisytiharkan Rombakan dan Pelantikan Menteri-Menteri Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri yang Baharu seperti berikut :

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan juga Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

 

Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

 

Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim sebagai Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jawatan Penasihat Khas adalah bertaraf Menteri.

 

Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Haji Apong sebagai Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

 

Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof sebagai Menteri Pertahanan II.

 

Dato Paduka Dr. Awang Haji Md Isham bin Jaafar sebagai Menteri Kesihatan.

 

Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah sebagai Menteri Kewangan II.

 

Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II.

 

Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar sebagai Menteri Pembangunan.

 

Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussien sebagai Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian.

 

Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Sulaiman sebagai Menteri Pendidikan.

 

Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof sebagai Menteri Perhubungan.

 

Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

Datin Dayang Hajah Elinda binti C.A. Mohamed sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

 

Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

 

Dato Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw sebagai Timbalan Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian.

 

Baginda bertitah, rombakan dan pelantikan tersebut berkuatkuasa mulai hari Selasa, 30 Januari, 2018 bagi tempoh selama lima (5) tahun.



Close