Manage PermissionsManage Permissions

Wijaya FC berpesta gol atasi BSRC FT, 5 - 1



​Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin




 

 

TUTONG, Selasa, 9 Januari. - Pasukan Wijaya FC berpesta gol ke atas pasukan BSRC FT dengan jaringan 5 - 1 pada Perlawanan Piala FA Brunei DST 2017 yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tutong, di sini.

 

Pemain pasukan Wijaya FC, Pengiran Anaqi Sufi bin Pengiran Haji Omar Baki beraksi cemerlang pada malam tersebut setelah berjaya menjaringkan empat gol sebelum Marhazif bin Ahad menjaringkan satu gol buat pasukan Wijaya FC, manakala Khairul Asnijam bin Ahmad menyumbat gol tunggal bagi pasukan BSRC FT.

 

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan Wijaya FC bijak mengawal perlawanan setelah Pengiran Anaqi Sufi menjaringkan gol pertamanya seawal minit ke-18.

 

Kedudukan lebih selesa apabila Pengiran Anaqi Sufi sekali lagi memberikan persembahan yang terbaik dengan dua gol pada minit ke-42 dan 45, sekali gus melengkapkan 'hat-trick'nya.

 

Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan Wijaya FC menguasai permainan dan berjaya menjaringkan gol keempatnya menerusi sepakan penalti yang disudahi dengan baik oleh Marhazif pada minit ke-60.

 

Pasukan BSRC FT akhirnya mendapat gol saguhati menerusi serangan balas yang pantas yang disumbatkan dengan baik oleh Khairul Asnijam pada minit ke-64.

 

Pengiran Anaqi Sufi menggegarkan kubu pasukan lawan dengan gol jarak jauh menerusi sepakan percuma yang dianugerahkan oleh pengadil pada minit ke-69.



Close