NBD raih 4 perak, 6 gangsa pada SUKMA XXII Selangor 2026

26 Og 2026 - 5:22am

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Belia dan Sukan

BERAKAS, Selasa, 25 Ogos. - Kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD) yang terdiri daripada pasukan - pasukan akuatik (renang), karate, lawan pedang, sepak takraw, wushu dan pegawai urus setia telah selamat kembali ke NBD selepas berada di Selangor, Malaysia bagi mengikuti Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Berada di Ruang Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara dan seterusnya mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah, Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, serta pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan.

Atlet akuatik renang negara, Joel Ling Thai Yu telah berjaya memenangi dua pingat perak dan satu pingat gangsa bagi acara 50 meter (m) Gaya Kuak Lentang Lelaki, 100m Gaya Kuak Lentang Lelaki dan 200m Gaya Kuak Lentang Lelaki.

Manakala Sharmeen Mohammad Mharvin berjaya meraih satu pingat gangsa melalui acara 50m Gaya Kuak Lentang Wanita.

Sementara pasukan wushu negara berjaya menyumbang dua pingat perak melalui Walid Lachkar dalam acara Daoshu dan Gunshu Lelaki Individu; manakala Abel Lim Wee Yuen bagi acara Nanquan Lelaki Individu.

Kutipan pingat keseluruhan bagi NBD dalam temasya SUKMA XXII Selangor 2026 ialah empat pingat perak dan enam pingat gangsa.