Zverev tewaskan Shelton untuk rangkul gelaran perseorangan Lelaki Terbuka AS

14 Sep 2026 - 9:42am

NEW YORK, 14 Sept. - Pilihan utama dari Republik Persekutuan Jerman, Alexander Zverev, menewaskan pilihan tuan rumah Ben Shelton 6 - 3, 7 - 6 (2), 5 - 7, 6 - 2 dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka AS pada Ahad.

Kemenangan itu merupakan gelaran perseorangan Grand Slam kedua buat Zverev selepas kejayaannya di Roland Garros pada awal tahun ini.

Zverev telah memenangi kesemua lima pertemuan terdahulunya menentang Shelton dan bermula dengan cemerlang apabila memenangi set pertama 6 - 3.

Shelton, yang merupakan pilihan kelapan, memberikan saingan pada set kedua dan memaksa penentuan ‘tiebreak’, namun Zverev berjaya mengatasinya 7 - 6 (2). Pemain Amerika itu kemudiannya memenangi 90 peratus mata menerusi servis pertamanya untuk mengambil set ketiga 7 - 5.

Pada set keempat, Zverev, 29, tidak memberikan banyak peluang kepada Shelton untuk melakukan ‘break’ dan menutup perlawanan dengan kemenangan 6 - 2.

“Kami melalui 30 tahun tanpa memenangi Grand Slam dan kini kami memenangi dua dalam tempoh tiga bulan,” kata Zverev kepada pasukannya selepas perlawanan. “Saya rasa 2026 adalah hasil daripada segala yang telah berlaku sepanjang tahun-tahun sebelumnya”. - ©XINHUA