Presiden FIFA Infantino saksikan final Piala ASEAN Vietnam-Thailand

26 Og 2026 - 9:59am

HANOI, 26 Ogos. - Presiden FIFA Gianni Infantino dan Setiausaha Agung Mattias Grafstrom akan berada di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi bagi menyaksikan aksi final Piala ASEAN 2026 antara Vietnam dan Thailand pada Rabu, menurut Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF).

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Infantino menghadiri beberapa acara bola sepak utama di Asia Tenggara. Terbaharu pada Januari 2023, beliau menyaksikan aksi final Piala AFF 2022 antara Thailand dan Vietnam di Stadium Thammasat, Thailand, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Kehadiran semula Presiden FIFA itu bagi menyaksikan satu lagi final antara Vietnam dan Thailand mencerminkan minat mendalam badan induk bola sepak dunia itu terhadap kejohanan serantau, pasukan kebangsaan serta pembangunan bola sepak di Asia Tenggara. - ©BERNAMA