CANBERRA, 26 Ogos. - Negeri Australia Selatan (SA) pada Rabu melaporkan satu kes disyaki selesema burung H5N1 pada seekor musang merah, sekali gus menjadi kes disyaki pertama membabitkan mamalia di negara itu, lapor Xinhua.
Jabatan Industri Utama dan Wilayah SA melaporkan lima kejadian baharu disyaki H5N1 pada Rabu, termasuk melibatkan musang yang ditemukan di pinggir utara Adelaide.
Sekiranya ujian oleh Pusat Kesiapsiagaan Penyakit Australia mengesahkan kes berkenaan, ia akan menjadi pengesanan pertama membabitkan mamalia darat di Australia serta kes pertama melibatkan mamalia yang ditemukan di kawasan metropolitan.
Kerajaan negeri pada Selasa mengumumkan program vaksinasi selesema burung H5N1 telah diluluskan untuk 100 ekor burung daripada 30 spesies asli di sebuah taman hidupan liar di tenggara Adelaide. - ©BERNAMA