BAGHDAD, 14 Sept. - Dua pekerja maut manakala kira-kira 50 yang lain cedera pada Ahad susulan kebocoran gas ammonia di sebuah kilang baja di wilayah Basra, selatan Iraq, menurut Direktorat Pertahanan Awam Iraq dalam kenyataan, lapor Xinhua.
Kenyataan itu memaklumkan pasukan penyelamat pertahanan awam berjaya membawa keluar 10 pekerja yang terperangkap dan menemukan dua mayat di syarikat Southern Fertilisers di kawasan Khor al-Zubair.
Kira-kira 50 mangsa yang mengalami sesak nafas dihantar untuk mendapatkan rawatan. Pemeriksaan awal menunjukkan kejadian berpunca daripada kebocoran gas, manakala pasukan khas telah mengawal lokasi dan keadaan kini terkawal sepenuhnya. - ©BERNAMA