Keputusan Peperiksaan BCGCE Peringkat ‘O’, IGCSE Mei/Jun 2026 dikeluarkan

23 Og 2026 - 7:21am

Siaran Akhbar : Kementerian Pendidikan

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Ogos. - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan memaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat ‘O’ dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) bagi Sesi Mei/Jun 2026 telah dikeluarkan.

Seramai 1,108 calon menduduki peperiksaan berkenaan, terdiri daripada 763 calon sekolah dan 345 calon persendirian.

Pada peringkat nasional, seramai 41 calon (3.70 peratus) memperoleh sekurang-kurangnya lima ‘O’ Level dan IGCSE, manakala 141 calon (12.73 peratus) memperoleh sekurang-kurangnya empat ‘O’ Level dan IGCSE.

Dalam kalangan calon sekolah, seramai 41 calon (5.37 peratus) memperoleh sekurang-kurangnya lima ‘O’ Level dan IGCSE, manakala 138 calon (18.09 peratus) memperoleh sekurang-kurangnya empat ‘O’ Level dan IGCSE.

Calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan masing-masing di sekolah. Calon persendirian pula hendaklah mengambil slip keputusan di Kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Aras Bawah, Blok C, Kementerian Pendidikan, pada waktu pejabat.

Pendaftaran Late Entry bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat ‘O’ dan IGCSE Sesi Oktober/November 2026 dibuka sehingga Rabu, 2 September 2026.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan di ‘www.moe.gov.bn’ atau di Kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Aras Bawah, Blok C, Kementerian Pendidikan, pada waktu pejabat.