JABATAN Muzium-Muzium berperanan yang penting dalam mengawal dan memelihara monumen dan tapak-tapak bersejarah di negara ini supaya ia tidak dimusnahkan oleh arus pembangunan negara yang berkembang pesat. Jabatan Muzium-Muzium telah diperuntukkan dengan satu akta yang dikenali sebagai Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam, 1967, edisi semakan 1984, 1990, 2002. Pencalonan monumen dan tapak bersejarah adalah atas sokongan Lembaga Muzium dan mesti memenuhi empat kriteria iaitu mempunyai nilai sejarah dan berusia lebih 50 tahun; mempunyai seni bina yang unik; mempunyai nilai budaya dan pembelajaran; dan mempunyai nilai ekonomi jika dimajukan.
SUMBER : http://www.museums.gov.bn/