Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap

16 Og 2026 - 7:58am

Oleh : Marlinawaty Hussin

Foto : Muhammad Asri Awang Haji Abas

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kesatuan Myanmar ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama U Sein Oo yang akan menamatkan perkhidmatan, petang tadi.

Tuan Yang Terutama U Sein Oo telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 18 Oktober 2025. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.