Berkenan hantar titah perutusan tahniah

29 Okt 2026 - 7:06am

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Turkiye, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, kerajaan serta rakyat Republik Turkiye bersempena dengan Hari Republik negara tersebut.